Friday 3 February 2017

Spesis Luban/Kemenyan Arab



Ada yang tertanya-tanya kenapa Luban ini berbeza warna, bentuk, aroma dan ada yang mempunyai harga yang jauh berbeza. Sebenarnya Luban adalah berbeza dari segi spesis malah cara pengkelasan Luban juga berbeza bagi setiap negara pengeluar Luban. 

Luban adalah resin dari pokok yang tumbuh di negara yang beriklim panas. Pertama, kita perlu mengenal pasti negara dan spesis pokok yang menghasilkan Luban. Semua Luban datang dari pokok Boswellia,yang berasal dari keluarga Burseraceae, pokok itu sendiri mempunyai pelbagai jenis  spesies, dan spesies ini bergantung dari negara pengeluarnya.

Boswellia Seratta adalah Luban yang tumbuh di Barat Laut India. Resin ini juga dikenali dengan nama tempatan sebagai Guggal, Salai dan Sallaki. Luban dari Boswellia Serrata ini banyak digunakan dalam  bentuk minyak . Ahli-ahli sains dan doktor juga mendapati bahawa minyak Luban ini baik untuk untuk rawatan sakit Arthritis . Spesis Boswellia Seratta dikelaskan kepada 4 kelas gred Luban.

Boswellia Carterri adalah spesis Luban dari Somalia,ianya  paling banyak digunakan di seluruh dunia. Resin ini digunakan terutamanya dalam minyak wangi dan industri pengeluaran minyak. Nama tempatannya adalah Beyo dan ia diklasifikasikan kepada 3 kelas gred Luban. Somalia mempunyai hutan kemenyan yang terbesar di dunia iaitu di bahagian Utara Timur Somalia.

Boswellia thurifera tumbuh di kawasan Yaman, Utara dan Afrika Timur. Saiznya adalah lebih besar berbanding dengan Boswellia Papyifera. Digunakan secara meluas ,  ia telah diuji secara saintifik yang menunjukkan bahawa Luban/Kemenyan ini membantu meningkatkan kesuburan terutamanya dalam mempengaruhi sel-sel kelenjar pituitari. Boswellia thurifera juga boleh dikelaskan kepada 4 kelas gred Luban.

Luban/kemenyan terbaik dan mewah di dunia adalah Boswellia Sacra dari Oman. Resin beraroma lemon dan manis ini adalah kegemaran Queen of Sheba dan Queen Hatsethput . Boswellia Sacra diklasifikasikan kepada empat jenis mengikut kepada tahap kualitinya. 
✔Kualiti terbaik dan paling tinggi ialah ElHojari, dari pokok-pokok yang tumbuh di bahagian Timur Dhofar. 
✔Gred yang kedua dikenali sebagai ElNajdi, yang tumbuh di kawasan Najd, utara gunung Dhofar. 
✔Kelas ketiga dipanggil Elshazri, di mana pokok-pokok yang tumbuh di kawasan barat yang terletak di antara Elnajd 
✔Kualiti keempat kemenyan dipanggil ElShabi, yang tumbuh di dataran pantai di mana hujan adalah mencukupi.. 

Semoga bermanfaat

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes